Monday, April 15, 2013

#savekedah : Winnable Candidate : Parlimen Sik, Dun Belantek dan Jeneri

Alhamdulillah...selesai pengumuman nama calon dan rakyat sudah mengetahui siapa akan mewakili BN di Parlimen Sik, Dun Belantek dan Dun Jeneri.

Ulasan serba ringkas

DUN Belantek Kekal milik YB Dato' Tajuddin Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Sik. Menang PRU12 disaat BN mengalami tsunami polittik.

DUN Jeneri mempertaruhkan muka baru iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik Saudara Mahadzir Abd Hamid. Menggerakkan jentera pemuda dengan begitu baik sehingga dikagumi ramai baik dari luar Sik atau orang Sik sendiri.

Parlimen Sik meletakkan Dr Mansor Abd Rahman. Profesional yg masih aktif menawarkan khidmat perubatan kepada pesakit di sekitar Sik. Merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik.

Calon-calon yang ditampilkan memberikan satu pernyataan mudah. Tidak akan timbul soal boikot di Sik kerana Ketua bahagian, Timbalan Ketua bahagian dan Ketua Pemuda diangkat sebagai calon. Ini bermakna hanya yang terbaik dipilih.

No comments:

Post a Comment