Saturday, April 20, 2013

Melihat kepada semangat yang ditunjukkan UMNO/BN Sik, Pertarungan sengit bakal tercetus..!!

Kata sorang sahabat yang menjenguk ke sebelah PAS, jumlahnya sekitar 2 ribu orang, di sebelah UMNO/BN juga begitu.

Cuma nak disebutkan disini, 2008 penyokong UMNO teramat sedikit dan suasananya boleh dirasai bahawa BN akan tewas. DUN Belantek terselamat pada ketika itu kerana faktor kerja kuat calon yang sekian lama berkhidmat untuk orang DUN Belantek.

20 April 2013 menberikan gambaran berbeza, semangat penyokong UMNO sangat berbeza malah kebanyakkannya anak muda yang rata2 baru mengenali erti hari pencalonan.


Sekitar penamaan calon Parlimen Sik, Dun jeneri dan Dun Belantek untuk PRU13






Melihat kepada kehadiran penyokong BN terutamanya anak muda, sangat pasti BN akan merampas kerusi Parlimen Sik dan DUN Jeneri selain mampu mempertahankan DUN Belantek.



Monday, April 15, 2013

#savekedah : Winnable Candidate : Parlimen Sik, Dun Belantek dan Jeneri

Alhamdulillah...selesai pengumuman nama calon dan rakyat sudah mengetahui siapa akan mewakili BN di Parlimen Sik, Dun Belantek dan Dun Jeneri.

Ulasan serba ringkas

DUN Belantek Kekal milik YB Dato' Tajuddin Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Sik. Menang PRU12 disaat BN mengalami tsunami polittik.

DUN Jeneri mempertaruhkan muka baru iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik Saudara Mahadzir Abd Hamid. Menggerakkan jentera pemuda dengan begitu baik sehingga dikagumi ramai baik dari luar Sik atau orang Sik sendiri.

Parlimen Sik meletakkan Dr Mansor Abd Rahman. Profesional yg masih aktif menawarkan khidmat perubatan kepada pesakit di sekitar Sik. Merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik.

Calon-calon yang ditampilkan memberikan satu pernyataan mudah. Tidak akan timbul soal boikot di Sik kerana Ketua bahagian, Timbalan Ketua bahagian dan Ketua Pemuda diangkat sebagai calon. Ini bermakna hanya yang terbaik dipilih.

#savekedah CALON PARLIMEN SIK DAN DUN BELANTIK SERTA JENERI UNTUK PRU13

Calon Parlimen Sik




Calon DUN Belantik




Calon DUN Jeneri